Apabila tertitik nokhtah hitam maka tercemarlah kesucian itu dan terlerailah ikatan kukuh sebuah kasih sayang..tension,frust, pilu,sedi, menangis dan pelbagai lagi kesan yang tidak dapat dijangka akan berlaku apabila tiba-tiba terhentinya kasih dari seseorang. Apatah lagi kasih yang paling kita harapkan berkekalan, sehingga jika dilayan perasaan bagai naik gila dibuatnya apabila hilang kasih itu seketika.Sebenarnya itu adalah ujian buat kita dan cabarannya ialah bagamana kita dapat menanganinya.



  1. tenangkan diri



  • kawal emosi

emosi yang tidak stabil akan mendorong tindakan negatif. Tambahan lagi bila fikiran yang berceramuk memudahkan syaitan membisikkan kata pujangganya menyebabkan kita akan bertambah runsing dan akhirnya mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. Banyakkan beristighfar kepada Allah Taala. mungkin terlalu banyak dosa kita kepada-NYA menyebabkan begitu hebat ujian yang diberikan kepada kita.




  • sentiasa berwuduk

air wuduk akan memadamkan bisikan syaitan dalam hati kita.Secara tidak langsung ia juga boleh menenangkan hati dan jiwa kita.


2. luahkan




  • cari teman

cuba cari seseorang yang boleh dipercayai untuk mendengar luahan hati kita. orang yang menjadi pendengar yang setia, amanah dan jujur. Jangan salah pilih teman kerana ia akan lebih memburukkan keadaan. Bagi lelaki, jangan terlalu ego sehingga hanya memendamkan apa yang dirasa kerana ia akan memakan diri sendiri.




  • berterus terang

belajar untuk berkata hak atau benar. Cuba singkap kembali, mengapa dan bagaimana kasih itu boleh terhenti. Jangan takut sekiranya kita di pihak yang benar. Sebaliknya, jika ada salah silap kita, jangan takkut untuk mengaku kesilapan itu kerana itulah yang sebaik-baiknya. Biar teman yang mendengar, faham situasi yang sebenar dan dapat membuat penilaian. Bukan untuk menentukan siapa salah atau benar, tapi untuk memudahkan mereka memberi pandangan dan tidak lari dari masalah yang sebenar.


3. kuatkan rohani




  • amalkan baca al-Fatihah

ummul kitab al-Fatihah menyimpan pelbagai rahsia yang mujarab. begitulah juga untuk menjadi ubat pengasih. Bukan sahaja mampu mengubati hati kita yang sakit, bahkan mampu juga untuk mengembalikan kasih sayang antara makhluk. cuba amalkan membaca al-Fatihah 14 kali setiap kali selepas solat. Bayangkan wajah insan yang telah terhenti seketika kasihnya kepada kita setiap kali mengalunkan Fatihah. Mintalah pada ALLAH untuk dilembutkan hatinya dengan menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah itu kepadanya. Perkara yang baik akan ALLAH kabulkan.insyALLAH..




  • amalan ayat seribu dinar

ramai antara kita yang menjadikan Ayat Seribu Dinar itu(surah at Thalaq, ayat 2-3) sebagai hiasan dinding tanpa membacanya. Cuba hafal dan amalkan.terutama sebagai ayat pendinding dari anasir jahat. Begitu juga apabila keluar mencari rezeki. Tidak kurang juga untuk menjadi ayat tautan ikatan kasih antara dua hati. Pernah dikhabarkan oleh mereka yang mengamalkannya di dalam sebuah keluarga, di mana mereka mengamalkan ayat seribu dinar dengan membaca 3 kali setiap kali selepas solat. Hati mereka seperti diikat antara satu sama lain.Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada salah seorang ahli keluarga mereka, maka ahli keluarga yang lain akan dapat merasakannya. Begitulah jua apabila berjauhan, hati mereka seolah berinteraksi antara satu sama lain. Inilah rahsia mukjizat yang diturunkan Nabi Muhammad s.a.w. cuma kita yang masih tidak menyedari rahsia disebalik mukjizat itu.


4.memberi peluang




  • diri sendiri

buka semua tingkap yang ada pada diri sendiri. Jangan tutup mahupun separa terbuka. Jika tidak, kita tidak dapat menerima hakikat, pandangan mahupun nasihat daripada orang lain. ibarat sebuah rumah yang ditutup semua tingkap ataupun tiada tingkap. bukan sekadar angin tidak dapat masuk, malahan cahaya, pemandangan alam sekitar dan pelbagai lagi tidak akan kelihatan.tinggal mereka dalam rumah yang kelam dan lemas dalam dunia sendiri. buka, dan cuba terima apa yang diberikan oleh orang lain.tukarkan apa yang mereka katakan kepada suatu tindakan positif dan memberi impak yang berkesan pada diri sendiri.




  • orang lain

dengar dulu pandangan orang lain untuk membetulkan kesilapan kita. jangan cepat menghukum dengan ilmu kita yang sedikit. apa yang sering berlaku adalah kita tidak memberi peluang mahupun ruang kepada orang lain untuk membantu diri kita sedangkan kita memerlukan bantuan.pendek kata,EGO!!!




  • maaf dan memaafkan

inilah perkarayang sukar untuk dilakukan. masing-masing akur dengan kesilapan yang berlaku.tidak salah untuk merendah diri meminta maaf dan memaafkan orang lain. bahkan bertambah mulia disisi Allah. kemudian, bagilah ruang dan kesempatan untuk diri sendiri dan mereka yang terlibat memperbetulkan diri bagi mengukuhkan semula talian kasih yang terhenti itu.



kasih sayang yang suci lahir dari hati yang ikhlas dan murni. bila bertitik nokhtah hitam maka tercemarlah kesucian itu dan terlerailah ikatan kukuh sebuah kasih sayang.justeru,perbetulkan kembali keadaan dan cantikkan percaturan.jangan nafsu dijadikan sandaran kerana ia hanyalah khayalan yang lebih membawa ke arah kesesatan mahupun kejahilan..



This entry was posted on 2:51 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

    Anonymous said...

    salam..pandai awak ni...

  1. ... on February 2, 2009 at 2:17 PM  
  2. Bazilah said...

    wkslm..thanks 4 your comment..have a good idea can share together k....

  3. ... on February 2, 2009 at 7:56 PM