Kau mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi. Berbekalkan kata pujangga, kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali. Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keradhaan Allah. Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur, itu bukan alasan untuk berhenti. Berhenti maknanya mati- mati hati dalam mengharapkan cahaya ilahi. Hakikatnya itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini.

YA!kau perlu mulakan sekali lagi.Begitu bisikan ilmu menolak rasa ragu.SELALU.Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpa, jangan sesekali putus asa. Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara. Allah tidak akan menutup pintu keampunan-NYA. kunci pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti tewas dalam satu peperangan. Begitulah jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu ini.

Tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali bangun dan terus bermujahadah. Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al-quran dan ingatkan mati. begitu panduan yang diberikan oleh Rasul junjungan. Jua teringat pesan Imam Ghazali:" carilah hatimu di tiga tempat..temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-quran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

Ingatlah wahai orang yang bernujahadah..tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan. justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan..genggam Al-quran, ingat mati dan berangkatlah.jalan mujahadah itu susah tetapi indah!


This entry was posted on 10:54 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments:

    Anonymous said...

    salam...setiap org akn bermujahadah pada apa yang diimpikan..cuba kita tukar bermujahadah pada org yang memerlukan plak..camner?hihihi

  1. ... on February 4, 2009 at 7:50 AM  
  2. jaka said...

    terimakasih gan tentang infonya dan semoga bermanfaat

  3. ... on September 29, 2016 at 6:49 PM  
  4. tejo said...

    makasih bos infonya dan salam sukses

  5. ... on September 29, 2016 at 6:51 PM