Kau mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi. Berbekalkan kata pujangga, kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali. Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keradhaan Allah. Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur, itu bukan alasan untuk berhenti. Berhenti maknanya mati- mati hati dalam mengharapkan cahaya ilahi. Hakikatnya itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini.

YA!kau perlu mulakan sekali lagi.Begitu bisikan ilmu menolak rasa ragu.SELALU.Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpa, jangan sesekali putus asa. Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara. Allah tidak akan menutup pintu keampunan-NYA. kunci pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti tewas dalam satu peperangan. Begitulah jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu ini.

Tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali bangun dan terus bermujahadah. Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al-quran dan ingatkan mati. begitu panduan yang diberikan oleh Rasul junjungan. Jua teringat pesan Imam Ghazali:" carilah hatimu di tiga tempat..temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-quran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

Ingatlah wahai orang yang bernujahadah..tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan. justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan..genggam Al-quran, ingat mati dan berangkatlah.jalan mujahadah itu susah tetapi indah!


hai...ni sepupu aku.nama dia Ahmad Azim Bin Amran.comel
betul budak kecil ni.azim ni tak kuat nangis.senang cerita dia tak cerewet langsung.senang nak jaga dia..gambar ni di ambil masa dekat rumah nenek aku dekat sungai rambai,melaka..mak ayah dia pergi kenduri kahwin dekat depan rumah nenek aku.jadi,emak ayah dia minta aku tolong jaga kan azim sekejap.hihi.aku layan kerenah dia dekat dalam bilik.aku sibuk-sibuk ambil gmbar dia, dia ambil handset aku lagi satu dan gigit.huhu.habis basah handset aku kena air liur dia.hihi.


aku selamat smpai di kampung pada pukul 2 petang..balik sahaja rumah terus mkan.lapar sangat-sanagt.kemudian terus tertidur.letih sangat2 coz bwk laptop yg sungguh berat.huhu.yg seronoknye mlm nye akak aku belanje mkn sate n mee bandung sempena hari lahir aku pada 22hb januari..wlupun da lmbt tp aku hargai sgt.hihi.em,pada besday aku thun ni, aku happy coz kwn2 aku msih ingt besday aku..mak aku pula wish pada pkul 8.45 malam.mak aku kata,mak wish pada 8.45 malam coz aku lahir pada masa tu.hihi.aku ingatkan mak aku x kan wish.hihi.thank you my mum for everything have you done for me!!!maka,bertambahlah usia ku kini menjadi 22 tahun..matangkah aku???kihkih.doakan aku panjang umur ye dan mendapat kebahagiaan yang hakiki dunia dan akhirat..AMIN..


dah lama rasanya tak updated blog aku ni..busy sgt2 agknya,tp xdela busy mane pun.hehe..spnjg minggu sebelum cuti ni byk jgk tugasan2 yang aku kna selesaikan dulu sebelum cuti sem..huhu.tp aku happy coz separuh drpd keje 2 dpt diselesaikan!so dpatla aku bercuti dgn perasaan yg suka suki!!tp yang x best nye aku cuti smpi 1hb.pastu 5hb kena blik kg lg coz kakak aku bkal menjadi seorang isteri..hopefully die berbahagia disamping bkal suami die..aku doakan..tp perasaan aku sedih dan pilu yang teramat sgt coz abah x dpt mewalikan anak perempuannya n x kan ade dalam mjlis pernikahan 2..abah telah meninggalkan aku dan keluarga buat selama-lamanya pada 19hb april 2008 yang lalu..Al-fatihah buat ayahandaku yang tercinta..semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di dalam golongan orang beriman.AMIN YA ALLAH..inilah majlis pernikahan yang pertama kalinya dalam family aku.harap-harap sume nya berjalan lancar....


arini macam biase aku g kuliah..tapi lewat coz ingtkn klas batal..huhu.nsb baik la lecturer x msuk lg.abis kelas aku n member2 pegi menikmati nasi lemak yang sungguh sedap!murah plak 2.ni yg aku suke.save ckit duit aku..yg pling x bestnye arini aku terkocoh-kocoh menyiapkn asigment.aku da buat ckit kt n da taip separuh dri asigment 2. n berfikir-fikir brsame-same member sekepala ku nk submitted esoknye, em tp hampeh!lecturer nk aritu jgk!!if x submitted arini,asigment ktorg kna reject. huhu.sebenrnye bkn sngaje aku x nk siapkn, tp sumenye sbb aku mnghadapi mslh teknikal..n lastly,dpt jgk di submitted arini..ALHAMDULILLAH..


Keluarga merupakan asas dalam pembentukan sebuah masyarakat. Ia adalah sebuah unit asas yang terdiri dari seorang suami dan isteri, juga jika dikurniakan zuriat, maka ianya menjadi pelengkap kepada sebuah keluarga.Bukan mahu menceritakan apa yang perlu ada pada dalam perkahwinan tetapi apa yang ada pada sebelum perkahwinan. Hasil pengamatan penulis terhadap generasi terbilang yang sama-sama kita boleh berkongsi bersama. Juga untuk rujukan kita jika kita mahu mengamalkannya dalam kehidupan. Umum diketahui bahawa generasi terbilang dahulu adalah hasil tarbiyah dan didikan yang seterusnya melahirkan generasi gemilang. Di sini dicoretkan beberapa kemuliaan (bagi padangan penulis) seorang wanita dalam erti kepada perjalanan kepada perkahwinan.Apabila dituruti sirah nabi-nabi , kemuliaan wanita adalah terletak pada apabila mereka dikahwinkan oleh bapa mereka. Mungkin kita sedikit mencebik apabila dikatakan bahawa perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa adalah perkahwinan zaman dahulu, tetapi hakikatnya ia adalah sunnah para Nabi. Mari kita turuti beberapa kisah dari pengamatan yang terhasil :

1. Perkahwinan Nabi Musa dengan anak penternak

(Surah Alqosos : 22-28 )Kisah bermula apabila Nabi Musa sampai di sebuah tempat setelah jauh membawa diri dari pihak Penguasa Firaun. Ketika sampai di suatu sumber air di sebuah tempat bernama Madyan , baginda melihat dua orang anak gadis muda sedang menghambat ternakan mereka. Terus ditanyakan pada mereka“mengapa kamu buat begitu?..‘kami tidak boleh memberi minum pada ternakan kami sehinggalah penternak-penternak yang lain pulang sedangkan ayah kami adalah seorang yang sangat berumu."kata kedua-dua anak gadis tersebut.Maka di atas sifat seorang manusia, Nabi Musa membantu kedua anak gadis tersebut memberikan minuman pada ternakan-ternakan mereka. Sehingga selesai dari kerja itu, Nabi Musa kembali ke tempat perteduhannya.Setelah beberapa ketika, seorang dari dua perempuan yang dibantu Nabi Musa datang kepadanya dengan keadaan yang malu-malu, sifat semula jadi seorang wanita, menjemput Nabi Musa kerumahnya kerana ayah mereka ingin membalas budi yang ditaburkan Nabi Musa kepada merkea.Perkenalan Nabi Musa dengan ayah gadis-gadis ini dan setelah penceritaan semua peristiwa yang berlaku, salah seorang dari wanita gembala itu, mengusulkan pada ayah mereka agar diambil Nabi Musa bekerja dengan mereka kerana pada Nabi Musa ada sifat orang yang dipercayai dan juga seorang yang kuat.Terus dikatakan pada Nabi Musa oleh ayah pada wanita ini,“aku sangat ingin untuk menikahkan kamu dengan salah seorang anakku,dengan (mahar) dasar kamu bekerja denganku 8 tahun dan kalau kamu mahu cukupkan 10 tahun, itu terserah padamu.”‘Nabi Musa bersetuju dengan syarat tersebut. Maka Nabi Musa dikahwinkan dengan salah seorang dari wanita anak kepada penternak binatang ini.
Kesimpulan cerita : Seorang wanita mulia adalah mereka yang dijodohkan dengan seseorang yang dipercayai kebaikan dan akhlaknya oleh ayahnya sendiri. Yang datang dari mulut ayahnya bukan dari pihak lelaki.

2. Kisah Nabi Lut dengan kaumnya

(surah Hud : 76-77)Ketika datang utusan ( malaikat ) yang membawa berita dari Allah dalam bentuk manusia. Mereka mendatangi Nabi Lut sebagai tetamu. Berita tentang kedatangan tetamu ini, diketahui oleh kaumnya.Kita ketahui bahawa kaum Nabi Lut merupakan pelaku sodom (homoseksual- lesbian-suka sama jenis).. apabila diketahui ada lelaki yang datang bertamu ke rumah Nabi Luth,segera mereka datang kepada Nabi Lut dalam keadaan bergesa-gesa.Melihatkan sikap yang dipamerkan oleh kaumnya ini, Nabi Lut tahu dengan apa maksud yang merka ingin darinya,terus ditawarkan pada mereka anak-anak perempuannya dengan maksud dikahwinkan dengan mereka :“wahai kaumku, ini merupakan puteri-puteriku, mereka lebih suci bagi kamu semua.bertakwalah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu mencemarkan aku dihadapan tetamu-tetamu ku ini.tiadakah dikalangan kalian orang yang berakal?” ayat ini disebut oleh Nabi Luth setelah sikap yang dipamerkan mereka dihadapan tetamu yang hadir. Sebagai seorang manusia yang berakal, timbul perasaan malu pada diri Nabi Luth dengan sikap yang dipamerkan oleh kaumnya.Jawapan yang diberikan oleh kaumnya :“Kamu dah tahu bahawa kami tiada keinginan terhadap anak-anak kamu, dan kami pasti kamu tahu apa yang kami mahu” jawapan yang sangat mengharu-birukan perasan seorang manusia yang berakal terhadap sikap yang dipamerkan oleh satu kaum yang sudah tidak kenal erti kemanusiaan.
Kesimpulan cerita : Seorang ayah akan menjodohkan anaknya yang mulia dengan lelaki yang sanggup untuk membuat perubahan ke arah lebih baik.

3. Kisah perkahwinan Muhammad dengan Khadijah

Umum sudah kita ketahui kisah ini, yang Khadijah merisik Nabi. Kecerdikan, keramahan, dan sifat mulia yang ada pada diri Muhammad s.a.w sangat menarik hati dan naluri khadijah terhadap budi pekerti muhammad.Dari perkahwinan antara Khadijah dan Muhammad , lahir seorang wanita yang menjadi antara wanita yang mula-mula sekali masuk ke syurga.Itulah Fatimah Azzahra.
Kesimpulan cerita : a*Seorang wanita yang mulia akan memulakan langkah dengan merisik sendiri lelaki idamannya dengan melalui saluran yang betul. (guna orang tengah tanya bahagian lelaki).b* Zuriat yang bagus juga dari hasil bermula cara perkahwinan dari ayah dan ibunya.

4. Perkahwinan Ali dan Fatimah

Nabi menawarkan pada para sahabat baginda tentang hasrat hatinya untuk mengahwinkan salah seorang dari kalangan mereka dengan puterinya Fatimah . Perkahwinan ada syarat yang diperlukan. Akhirnya, Ali cukup syarat yang diperlukan.Hasil perkahwinan Ali dan Fatimah melahirkan Hasan yang diketahui oleh kita telah menyatukan kembali perpaduan umat Islam yang berpecah di zamannya.
Kesimpulan cerita :a. Seorang ayah akan mengahwinkan anaknya yang mulia dengan seorang lelaki yang cukup ciri kemuliaan dengan anaknya.b. Ciri seorang pemimpin yang terbilang dihasilkan/dilahirk an dari pertemuan atau bagaimana cara pertemuan perkahwinan ibu bapanya.

5. Umar al-Khattab mengahwinkan anaknya

Suatu hari , saidina Umar melakukan rondaan di waktu malam untuk melihat suasana rakyatnya disamping mengetahui keadaan sebenar rakyatnya. Diri beliau yang selaku seorang khalifah umat Islam, cuba melakukan seadil mungkin di atas amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan ke atas bahunya.Suatu ketika ketika melakukan rondaan, beliau terdengar suatu pebualan di suatu rumah, Umar berhenti untuk mendengar perbualan tersebut.. Seorang ibu menyuruh anaknya agar memerah susu untuk dijual esok dan periksa berapa banyak susu yang ada. Hasil dari pemeriksaan, anaknya (seorang perempuan) memberitahu bahawa susu yang ada hanya sedikit.“kamu tambahkan air ke dalam susu tersebut. Biar banyak sedikit hasil yang akan kita peroleh” kata si ibu.“tidak boleh ibu, iu seperti kita menipu timbangan pada manusia’ , kata si anak.“tidak mengapa, saidina umar tidak tahu perkara ini” balas si ibu.Ketika ini, saidina umar semakin tertarik dengan perbualan mereka dan cuba mendengar apa jawapan dari anak perempuan tersebut.‘ibu, saidina umar sememangnya tidak mengetahui perkara ini, tetapi Tuhan saidina Umar tahu akan perkara ini.’Terkejut saidina Umar dengan jawapan yang diberikan oleh anak perempuan wanita tersebut. Setelah itu , keesokannya, Saidina umar mengarahkan pengawalnya memanggil kedua-dua beranak ini ke pejabatnya. Dan menawarkan kepada wanita tua tersebut untuk anaknya (seorang lelaki) dikahwinkan dengan anak wanita itu.Hasil dari keturunan inilah lahirnya khalifah umar abdul aziz, seorang pemimpin yang terkenal dengan sifat adilnya dalam pemerintahan.
Kesimpulan cerita :a. seorang wanita yang mulia akan ditawarkan/dirisik oleh ayah seorang lelaki yang ingin mengahwinkan anaknya dengan wanita tersebut.b. Seorang pemimpin yang terbilang adalah hasil dari benih pertemuan ketika bermulanya perkahwinan dari ibu dan ayah mereka.


Kesimpulan dari kisah-kisah yang dipamerkan, jelaslah kepada kita, bahawa sunnah orang-orang beriman dalam perkahwinan banyak yang datang dari pihak perempuan dahulu. Hasil dari tarbiyah dan didikan itu, melahirkan pemimpin-pemimpin umat. Jodoh pertemuan adalah seperti nasi/makanan, yang mana ianya perlu diusahakan , bukan sekadar hanya mengharap tetapi usaha perlu dahulu dimulakan.Akhir kalam, janganlah kalian (para wanita) untuk malu melakukan langkah dahulu dalam memastikan kebahagiaan di dunia sebagai wasilah cemerlang diakhirat. Jika sudah dikenal pasti siapa yang berkenan di hati, jangan ragu-ragu untuk menyatakan hasrat melalui saluran yang betul.(elok ibu ayah atau orang tengah ).Terbukti bahawa dari kisah-kisah di atas bahawa permulaan kepada pernikahan yang dimulakan oleh wanita menunjukkan kemuliaan wanita itu.Mahu menggunakan ibu ayah, maka Nabi Muhammad sebagai contoh dalam mengahwinkan anaknya, mahu mencari sendiri , maka khadijah (isteri Nabi) sebagai suri contoh .Sifat malu itu bertempat. Dalam perkara ini, jika wanita memulakan dahulu bukan bermakna dia tidak punya sifat malu, tetapi wanita yang kata dia tidak mahu memulakan itu kerana malu ia adalah salah konsep, ia adalah segan bukan malu atau istilah lain, malu tidak bertempat.Ingatlah, bahawa lelaki mulia dengan memilih seorang ibu yang baik untuk anak-anaknya, dan kemuliaan seorang wanita adalah dengan memilih calon bagi dirinya untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya.Percayalah bahawa anda seorang yang mulia walaupun anda yang memulakan dahulu.

Sumber: http://persadapepias.blogspot.com/



selamat ulang tahun sayang- imran ajmain...

Selamat Ulang Tahun Sayang
Yang tulus ikhlasIngin sekali sekala dirinya dibalas

Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang

Kini kau bersayap, pergilah terbang

Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang

Janganlah engkau tak terbang
pulangKu nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, lina ,buka pintu, lina buat kopi,..lina ,angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti lina,boleh tolong buatkan kopi... dan lina, tolong buka pintu dan laen2.

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh!ataupun
cepat sgt naik marah!

cepat naik marah
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami. betul tak???

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka syok sendiri amat membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri...

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang persekitaran..

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang jenis tak mengetahui terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah...

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!