Hasad dengki bolehlah dikatakan penyakit rohani tahap'merah'..Ia berbahaya sekali pada agama dan duniawi seseorang. Risiko buruknya sangat luas dan ketara.Kehadirannya mengancam cuaca tenang dan suasana damai di jiwa. apabila ia menguasai diri seseorang, maka buruklah padahnya. Antaranya,amalan seseorang musnah dan lenyap begitu sahaja.
Penularan penyakit hasad dengki ini berlaku tanpa had dan batasnya. Ia menimpa siapa sahaja tidak kira cerdik atau bodoh,jahil atau alim, lelaki mahupun perempuan kecuali hamba yang dipelihara ALLAH..Namun sepandai-pandai 'orang cerdik pandai' yang berhasad dengki, ia rupanya jahil sekali terhadap bencana dan kefasadan 'segera' yang akan berlaku ke atas dirinya.
Belum lagi kiamat, belum lagi rencana buruk dan kehasadannya menimpa insan yang didengkinya,tengok-tengok tanpa sedar telah pun muncul di depan matanya 5 seksaan 'tunai' atau 'segera' di dunia yang akan menjadikan dirinya macam kera kena belacan. Sawan dan suasana tidak keruan yang menjelma pada rutinnya itu adalah dek kerana jiwanya yang tidak pernah rehat dari al-hasad...
apakah lima seksaan duniawi itu???
  • akan menimpa ke atas dirinya kebimbangan dan kedukaan yang berpanjangan
  • akan menimpa ke atas dirinya musibah berat yang tidak mendatangkan pahala sedikit pun
  • akan menimpa ke atas dirinya celaan dan kutukan
  • akan menimpa ke atas dirinya kemarahan ALLAH
  • akan ditutupkan ke atasnya pintu taufik

kalau demikian rupa kerasnya seksaan di atas dunia ini lagi, mengapalah manusia lebih suka hidup dengki-mendengki,dendam-berdendam sesama mereka???

Akan tetapi sepanjang perjalanan hidup ini menyaksikan betapa orang yang dijangkiti virus hasad dengki ini jiwanya tidak pernah tenteram, hati nya jadi tidak keruan dan tidurnya tidak lena.maka inilah yang dikatakan'neraka' yang disegerakan...

Wal'iya zubillah..



This entry was posted on 1:21 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: