ISRAEL

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ
Terjemahan: dan telah dilaknati orang-orang kafir dari bani Israel dengan lisan nabi Daud dan Isa ibn Maryam. Yang demikian itu kerana mereka selalu derhaka dan melampaui batas. (al-Maidah:78)

لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ
Terjemahan: Allah telah melaknati Yahudi dan Nasrani yang telah mendirikan masjid di kubur nabi-nabi mereka.. (riwayat al-Bukhari hadith dari ‘Aisyah)

Berdasarkan Ayat dan hadith di atas jelaslah bahawa kaum Yahudi merupakan satu kaum yang seringkali melakukan jenayah dan maksiat kepada Allah malah selalu melanggar larangan Allah. Seharusnya kita sebagai umat Islam yang beraqidah dengan aqidah yang tepat dan benar, beragama dengan agama yang telah diiktiraf oleh Allah peka dan tidak menjadikan kaum Yahudi sebagai kawan apatah lagi sebagai teman rapat kerana kaum Yahudi ini merupakan ‘perosak’ turun temurun sejak dari dahulu lagi kerana Allah sendiri merakamkan di dalam al-Quran bahawa kaum ini telah melakukan dosa dan pencerobohan kepada agama yang dibawa oleh nabi Musa dan penyelewengan terhadap kitab suci Taurah dengan mengambil sebahagian isi dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sejak dari zaman nabi Allah Daud mereka ini telah dikenali sebagai perosak malah lebih dari perosak dan tidak keterlaluan jika menyatakan mereka ini adalah kaum laknat, penyeleweng dan pembunuh. Ini semua terbukti kerana Allah sendiri melaknat mereka kerana banyaknya perbuatan yang melampaui batas yang telah dilakukan oleh mereka.

وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
Terjemahan: orang-orang Yahudi berkata “tangan Allah terbelenggu (kikir/bakhil)”, sesungguhnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (bahkan) kedua-dua tangan Allah itu terbuka, Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmusungguh akan menambah kederhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan di antara mereka. Dan kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Setiap mereka menyalakan api peperangan dan Allah memadamkannya dan mereka membuat kerosakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan. (al-Maidah:64)
Begitulah realiti kaum Yahudi ini di mana memang sudah terkenal dengan kederhakaannya kepada Allah dan banyak kerosakan yang telah mereka lakukan di atas muka bumi ini. Malah tanpa segan silu mereka memanjatkan kata-kata yang buruk kepada Allah dengan mengatakan bahawa Allah itu bakhil bahkan Allah maha suci dari segala sifat buruk dan mazmumah. Mereka sama sekali tiada hak untuk mengatakan sesuatu pun yang buruk-buruk kepada Allah kerana Allah adalah tuan dan tuhan kepada sekalian makhluk, Dia adalah pencipta dan semua harta dan khazanah sumber kekayaan adalah miliknya semata-mata, tiada perkongsian dengan sesiapa jua pun. Justeru itu, Dia berhak untuk mengurniakan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki untuk memberikan rezeki.

Selain itu, kaum Yahudi laknatullah ini juga terkenal dengan sifat suka membunuh. Mereka pasti akan membunuh sesiapa juga yang bertentangan ideologi dengan mereka, tanpa mengira pangkat dan darjat. Pada pandangan mereka sesiapa sahaja ang berselisih pemikiran dengan mereka adalah musuh mereka dan mesti dibunuh. Bahkan utusan Allah mereka bunuh tanpa belas kasihan seperti nabi Zakaria yng dibunuh oleh bangsa yang kejam ini malah nabi Isa juga hampir-hampir mereka bunuh, inikan pula orang-orang biasa yang hanya sebagai bangsa lekeh dan pinggiran pada pandangan mereka kerana mereka mendakwa hanya bangsa mereka yang mulia dan mejadi pilihan tuhan sedangkan bangsa selain mereka semuanya rendah tanpa maruah dan layak dihina dan dibunuh. Maka dengan itu mereka telah diberi khabar gembira dengan azab siksaan yang sangat pedih dan semoga Allah menimpakan azab yang sangat keras ke atas mereka selamanya.

لَقَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاءُ سَنَكْتُبُ مَا قَالُوا وَقَتْلَهُمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَنَقُولُ ذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ
Terjemahan: sesungguhnya Allah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan “sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya”. Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan kami akan mengatakan (kepada mereka) “rasakanlah olehmu azab yng membakar”. (ali ‘Imran:181)
Allah juga ada memberikan amaran kepada kaum Muslimin bahawa orang-orang Yahudi dan kafir tidak akan pernah senang dengan umat Islam sehinggalah umat Islam tunduk kepada agama dan pegangan ideologi mereka. Malah mereka akan melakukan pelbagai cara dan taktik untuk menarik umat Islam kepada aqidah mereka dan sekaligus menjauhkan kaum muslimin dari aqidah sebenar dan menjatuhkan martabat Islam sebagai agama yang tinggi dan suci. Justeru kita sebagai umat nabi Muhammad, umat yang dipuji kerana menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah yang munkar memantapkan aqidah diri sendiri agar hati kita sentiasa berpaut dan tetap dalam ketaatan kepada Allah tuhan yang maha Esa.

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Terjemahan: orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah “sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak menjadi pelindung dan penolong bagimu. (al-Baqarah:120)

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آَمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آَمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
Terjemahan: sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata “sesungguhnya kami ini orang Nasrani”. Yang demikin itu kerana diantara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana mereka tidak menyombongkan diri. (al-Maidah:82)

وَقَالُوا لَنْ تَمَسَّنَا النَّارُ إِلَّا أَيَّامًا مَعْدُودَةً قُلْ أَتَّخَذْتُمْ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدًا فَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ عَهْدَهُ أَمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Terjemahan: dan mereka berkata “kami sekali-kali tidak akan disentuh api neraka, kecuali selama beberapa hari sahaja”. Katakanlah “sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janjinya, atau adakah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (al-Baqarah:80)

Sesungguhnya kaum muslimin itu bersaudara. Umat Islam seperti cermin yang mana seorang muslim mecerminkan muslim yang lain, dan umat Islam mesti bekerjasama kepada kebaikan dan ketinggian agama Allah. bak kata pepatah Melayu cubit paha kanan, paha kiri terasa. Begitulah sepatutnya keadaan umat Islam sekarang. Jika saudara kita di Palestin diganyang dan diperlakukan dengan kekasaran oleh rejim zionis tanpa belas kasihan, umat Islam di seluruh dunia juga terasa kesakitan seperti mana yang di alami oleh saudara kita di Palestin, apatah lagi mereka yang terdekat dengannya. Saudara kita di Palestin merupakan kebanggaan kita kerana mereka membayar darah mereka demi mempertahankan Baitul Maqdis tempat suci bagi umat Islam, kiblat pertama umat Islam dan tempat berlakunya Isra’ Mikraj. Kini mereka terpaksa berhadapan dengan zionis korup yang selalu dahagakan darah rakyat Palestin dan selalu mengimpikan kuasa dan perluasan wilayah mereka secara haram. Tidak lama dahulu mereka telah mengambil 2/3 tanah rakyat Palestin, kini mereka mahu merebut lagi saki baki tanah dan penempatan rakyat Palestin. Sudah nyata dan terang bahawa puak yahudi zionis ini tidak pernah puas dengan apa yang mereka telah ada. Beginilah sikap rakus kaum yahudi sejak dari dahulu. mereka tidak akan pernah berhenti dan bertaubat daripada sikap rakus mereka. Bukti kerakusan dan ketamakan mereka terlalu nyata iaitu ketika mana mereka ini berada di atas bukit Thur sina bersama nabi Allah Musa dan mendengar firman-firman Allah tetapi mereka mengatakan tidak akan berpuas hati sehingga mereka melihat Allah dengan mata kepala mereka sendiri. Beginikah sikap sebagai seorang makhluk yang lemah ketika berkata-kata kepada tuhannya. Begitu sekali mereka mencabar Allah dengan permintaan-permintaan pelik mereka setelah mereka diselamatkan dari kekejaman Firaun. Begitu singkat proses penyelamatan mereka oleh Allah melalui utusanNya nabi Musa malah mereka juga telah menyaksikan mukjizat yang berlaku di hadapan mata mereka sendiri ketika mereka dikejar oleh tentera Firaun dan mereka diselamatkan dengan terbelahnya laut yang menjadi laluan untuk mereka lalui tetapi mereka kembali menyembah anak sapi yang diperbuat dari emas yang dicipta dengan tangan Samiri apabila nabi Musa pergi bermunajat untuk menerima Taurat. Begitu tipisnya aqidah dan keyakinan mereka kepada Allah sehinggakan dengan sekelip mata sahaja mereka kembali memusuhi Allah dengan mensyirikkanNya. Nampaknya puak yahudi ini kebanyakannya tidak pernah ikhlas beriman dengan ajaran yang dibawa oleh para nabi Allah.

Umat Islam merupakan umat yang kuat selagi mana Allah menjadi tempat memohon pertolongan dan yakin dengan pertolongan Allah sebagai mana yang terjadi ketika peristiwa Badar dan al-Ahzab. Dimana ketika peperangan Badar umat Islam mempunyai jumlah tentera yang terlalu sedikit berbanding dengan tentera kafir tetapi pertolongan Allah mengatasi segalanya, begitu juga ketika peperangan al-Ahzab ketika mana tentera kafir mengepung sekitar kota madinah tiba-tiba mereka dihancurkan dengan tiupan angin taufan yang sangat dasyat sehinggakan memusnahkan khemah-khemah yang mereka dirikan dan akhirnya mereka berundur. Allah maha berkuasa dan hanya Dia memiliki tentera yang paling kuat yang tiada tandingannya. Kita sebagai umat Islam mesti membuang fikiran-fikiran negatif lagi bidaah bahawa kita tidak mampu melakukan apa-apa kerana mereka mempunyai kuasa dan bekalan senjata yang banyak dan teknologi mereka mendahului yang lain. Itu adalah fikiran orang-orang yang telah di jajah oleh barat dengan menyuntik fikiran yang melemahkan itu. Kita harus sedar bahawa senjata yang paling kuat hanya dimiliki oleh orang Islam. sesiapa pun tidak memlikinya walaupun kuasa Amerika tetapi hanya milik umat Islam iaitu DOA. Ianya adalah senjata yang paling ampuh dan kuat. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyingkap semula kegemilangan Islam dengan senjata yang paling berkuasa ini. Di samping itu marilah juga kita sama-sama melemahkan ekonomi mereka yang menjadi tunjang utama pergerakan tentera mereka. Semoga puak-puak yang menginginkan kejatuhan Islam dengan melemparkan pelbagai kepayahan dan kesengsaraan kepada umat Islam akan ditmpa kesusahan yang berpanjangan dari Allah di dunia dan di akhirat seperti mana doa junjungan besar mengenai hal ini.

مَنْ ضَارَّ أَضَرَّ اللَّهُ بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَقَّ اللَّهُ عَلَيْهِ
Terjemahan: barangsiapa memudaratkan (orang Islam), Allah akan memudaratkan dirinya dan barangsiapa menyusahkan (orang Islam), Allah akan menimpakan kesusahan ke atas dirinya (riwayat Abu Dawud dan al-Tirmidhi, hadith ini hassan menurut al-Tirmidhi, al-Albani menilai hassan hadith ini)


This entry was posted on 7:55 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

    Hot N cOOL said...

    betul3...kita kene boikot israel df=an sekutu2 nya...

  1. ... on February 9, 2009 at 7:45 PM