11 jenis manusia didoa malaikat


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

· 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.






VALENTINE 'S DAY..
Tibanya 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine's Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang. Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.

Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai. Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam."

Buku Elak Sambut Valentine's Day terbitan Jakim membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine. Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan. Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name). Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.
Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine. Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung. Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan. Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri. Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian. Laman web Spiritrestoration,org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan – indeks Saint Valentine's Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular. Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: 'sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.' Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam. Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain. Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain. Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku." (Surah al-Kafirun, ayat 1-6) Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


inilah baju yang aku nampak pelajar itu pakai sama dengan aku..baju warna pink!!huhu..


Ha ni lagi satu cerita yang ingin aku kongsikan..Aku pergi kampus seperti biasa menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar.Selesai sahaja kelas, aku duduk di 'bulatan'di tengah-tengah FKP seperti yang mereka panggil nama tempat itu.hehe. Sambil-sambil borak dengan kawan seperjuangan aku.Sedang asyik aku borak-borak,tiba-tiba lalu sorang pelajar perempuan.Baju dia sama dengan baju aku pula.Tapi aku tak kisah sangat sebabnya baju dia cuma sama dengan baju yang aku ada.tapi aku tak pakai pada hari tu.selamat aku..hehe.kalau tak,malu juga.Lepas itu, aku bangun pergi ke PKP beli makanan.

Balik dri PKP aku terus ke FKP semula.memang nasib aku hari itu,nampak seorang lagi pakai baju sama dengan baju aku.Mujur aku tak jadi pakai baju pink tu pada hari tu.kalau tak mesti sama dengan dia.pelajar itu pun pakai baju pink itu dengan tudung hitam seperti aku juga apabila pakai baju pink itu..emmm,dalam satu hari sudah nampak 2 orang baju sama dengan aku.huhu.Dalam hati, banyak juga klon baju aku dekat USIM ni ek..Tapi bila difikir-fikir secara logik akal, tak kan dekat Nilai ni tidak ada baju yang sama dengan aku.Mesti banyak punya. Bukan setakat aku punya baju sahaja,orang lain pun akan sama rasa situasi macam aku juga.hihi..



assalamualaikum...


Apa yang aku hendak ceritakan ini berkaitan dengan kehidupan diri aku sebagai seorang pelajar Tahun 3 Universiti Sains Islam Malaysia.hehe.siap bagi nama penuh lagi..em,sebenarnya pada hari Jumaat lalu aku dan kawan-kawan aku pergi ke kampus seperti biasa.Selepas turun dari bas,dengan terkocoh-kocohnya aku terus menuju ke kelas di FKP.Biasalah kadang-kadang terlambat.hehe.Dalam perjalanan ke kelas, aku dan kawan-kawanku melalui laluan yang disediakan untuk ke FKP itu..Apa yang aku hendak ceritakan sebenarnya ni???hehe.Jeng-jeng!Yup,mozek ataupun batu marmar yang dijadikan laluan itu telah pecah ataaupun retak..Aku tidak pasti istilah apa yang harus aku gunakan.kihkih.Walhal, laluan itu baru sahaja di buat untuk kemudahan para pelajar ke FKP.macam2 persoalan boleh bermain di fikiran..adakah para pelajar FKP berbadan 'sihat' sehingga menyebabkan itu berlaku???ataupun adakah orang yang bertanggungjawab hanya buat kerje sambil lewa???ataupun,adakah para pelajar menghentak2 dan melompat2 setiap kali lalu di situ???hehe.ini andaian bodoh atau akal jahat aku sahaja.:)

macam-macam andaian boleh dibuat.Apa pun ini hanyalah kisah suka duka aku bergelar mahasiswa di USIM sahaja.Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.huhu. Hanya ingin kongsikan bersama.Hanya untuk suka suki...kita enjoy!!yuhuu.....:)


ISRAEL

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ
Terjemahan: dan telah dilaknati orang-orang kafir dari bani Israel dengan lisan nabi Daud dan Isa ibn Maryam. Yang demikian itu kerana mereka selalu derhaka dan melampaui batas. (al-Maidah:78)

لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ
Terjemahan: Allah telah melaknati Yahudi dan Nasrani yang telah mendirikan masjid di kubur nabi-nabi mereka.. (riwayat al-Bukhari hadith dari ‘Aisyah)

Berdasarkan Ayat dan hadith di atas jelaslah bahawa kaum Yahudi merupakan satu kaum yang seringkali melakukan jenayah dan maksiat kepada Allah malah selalu melanggar larangan Allah. Seharusnya kita sebagai umat Islam yang beraqidah dengan aqidah yang tepat dan benar, beragama dengan agama yang telah diiktiraf oleh Allah peka dan tidak menjadikan kaum Yahudi sebagai kawan apatah lagi sebagai teman rapat kerana kaum Yahudi ini merupakan ‘perosak’ turun temurun sejak dari dahulu lagi kerana Allah sendiri merakamkan di dalam al-Quran bahawa kaum ini telah melakukan dosa dan pencerobohan kepada agama yang dibawa oleh nabi Musa dan penyelewengan terhadap kitab suci Taurah dengan mengambil sebahagian isi dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sejak dari zaman nabi Allah Daud mereka ini telah dikenali sebagai perosak malah lebih dari perosak dan tidak keterlaluan jika menyatakan mereka ini adalah kaum laknat, penyeleweng dan pembunuh. Ini semua terbukti kerana Allah sendiri melaknat mereka kerana banyaknya perbuatan yang melampaui batas yang telah dilakukan oleh mereka.

وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
Terjemahan: orang-orang Yahudi berkata “tangan Allah terbelenggu (kikir/bakhil)”, sesungguhnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (bahkan) kedua-dua tangan Allah itu terbuka, Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmusungguh akan menambah kederhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan di antara mereka. Dan kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Setiap mereka menyalakan api peperangan dan Allah memadamkannya dan mereka membuat kerosakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan. (al-Maidah:64)
Begitulah realiti kaum Yahudi ini di mana memang sudah terkenal dengan kederhakaannya kepada Allah dan banyak kerosakan yang telah mereka lakukan di atas muka bumi ini. Malah tanpa segan silu mereka memanjatkan kata-kata yang buruk kepada Allah dengan mengatakan bahawa Allah itu bakhil bahkan Allah maha suci dari segala sifat buruk dan mazmumah. Mereka sama sekali tiada hak untuk mengatakan sesuatu pun yang buruk-buruk kepada Allah kerana Allah adalah tuan dan tuhan kepada sekalian makhluk, Dia adalah pencipta dan semua harta dan khazanah sumber kekayaan adalah miliknya semata-mata, tiada perkongsian dengan sesiapa jua pun. Justeru itu, Dia berhak untuk mengurniakan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki untuk memberikan rezeki.

Selain itu, kaum Yahudi laknatullah ini juga terkenal dengan sifat suka membunuh. Mereka pasti akan membunuh sesiapa juga yang bertentangan ideologi dengan mereka, tanpa mengira pangkat dan darjat. Pada pandangan mereka sesiapa sahaja ang berselisih pemikiran dengan mereka adalah musuh mereka dan mesti dibunuh. Bahkan utusan Allah mereka bunuh tanpa belas kasihan seperti nabi Zakaria yng dibunuh oleh bangsa yang kejam ini malah nabi Isa juga hampir-hampir mereka bunuh, inikan pula orang-orang biasa yang hanya sebagai bangsa lekeh dan pinggiran pada pandangan mereka kerana mereka mendakwa hanya bangsa mereka yang mulia dan mejadi pilihan tuhan sedangkan bangsa selain mereka semuanya rendah tanpa maruah dan layak dihina dan dibunuh. Maka dengan itu mereka telah diberi khabar gembira dengan azab siksaan yang sangat pedih dan semoga Allah menimpakan azab yang sangat keras ke atas mereka selamanya.

لَقَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاءُ سَنَكْتُبُ مَا قَالُوا وَقَتْلَهُمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَنَقُولُ ذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ
Terjemahan: sesungguhnya Allah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan “sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya”. Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan kami akan mengatakan (kepada mereka) “rasakanlah olehmu azab yng membakar”. (ali ‘Imran:181)
Allah juga ada memberikan amaran kepada kaum Muslimin bahawa orang-orang Yahudi dan kafir tidak akan pernah senang dengan umat Islam sehinggalah umat Islam tunduk kepada agama dan pegangan ideologi mereka. Malah mereka akan melakukan pelbagai cara dan taktik untuk menarik umat Islam kepada aqidah mereka dan sekaligus menjauhkan kaum muslimin dari aqidah sebenar dan menjatuhkan martabat Islam sebagai agama yang tinggi dan suci. Justeru kita sebagai umat nabi Muhammad, umat yang dipuji kerana menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah yang munkar memantapkan aqidah diri sendiri agar hati kita sentiasa berpaut dan tetap dalam ketaatan kepada Allah tuhan yang maha Esa.

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Terjemahan: orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah “sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak menjadi pelindung dan penolong bagimu. (al-Baqarah:120)

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آَمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آَمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
Terjemahan: sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata “sesungguhnya kami ini orang Nasrani”. Yang demikin itu kerana diantara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana mereka tidak menyombongkan diri. (al-Maidah:82)

وَقَالُوا لَنْ تَمَسَّنَا النَّارُ إِلَّا أَيَّامًا مَعْدُودَةً قُلْ أَتَّخَذْتُمْ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدًا فَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ عَهْدَهُ أَمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Terjemahan: dan mereka berkata “kami sekali-kali tidak akan disentuh api neraka, kecuali selama beberapa hari sahaja”. Katakanlah “sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janjinya, atau adakah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (al-Baqarah:80)

Sesungguhnya kaum muslimin itu bersaudara. Umat Islam seperti cermin yang mana seorang muslim mecerminkan muslim yang lain, dan umat Islam mesti bekerjasama kepada kebaikan dan ketinggian agama Allah. bak kata pepatah Melayu cubit paha kanan, paha kiri terasa. Begitulah sepatutnya keadaan umat Islam sekarang. Jika saudara kita di Palestin diganyang dan diperlakukan dengan kekasaran oleh rejim zionis tanpa belas kasihan, umat Islam di seluruh dunia juga terasa kesakitan seperti mana yang di alami oleh saudara kita di Palestin, apatah lagi mereka yang terdekat dengannya. Saudara kita di Palestin merupakan kebanggaan kita kerana mereka membayar darah mereka demi mempertahankan Baitul Maqdis tempat suci bagi umat Islam, kiblat pertama umat Islam dan tempat berlakunya Isra’ Mikraj. Kini mereka terpaksa berhadapan dengan zionis korup yang selalu dahagakan darah rakyat Palestin dan selalu mengimpikan kuasa dan perluasan wilayah mereka secara haram. Tidak lama dahulu mereka telah mengambil 2/3 tanah rakyat Palestin, kini mereka mahu merebut lagi saki baki tanah dan penempatan rakyat Palestin. Sudah nyata dan terang bahawa puak yahudi zionis ini tidak pernah puas dengan apa yang mereka telah ada. Beginilah sikap rakus kaum yahudi sejak dari dahulu. mereka tidak akan pernah berhenti dan bertaubat daripada sikap rakus mereka. Bukti kerakusan dan ketamakan mereka terlalu nyata iaitu ketika mana mereka ini berada di atas bukit Thur sina bersama nabi Allah Musa dan mendengar firman-firman Allah tetapi mereka mengatakan tidak akan berpuas hati sehingga mereka melihat Allah dengan mata kepala mereka sendiri. Beginikah sikap sebagai seorang makhluk yang lemah ketika berkata-kata kepada tuhannya. Begitu sekali mereka mencabar Allah dengan permintaan-permintaan pelik mereka setelah mereka diselamatkan dari kekejaman Firaun. Begitu singkat proses penyelamatan mereka oleh Allah melalui utusanNya nabi Musa malah mereka juga telah menyaksikan mukjizat yang berlaku di hadapan mata mereka sendiri ketika mereka dikejar oleh tentera Firaun dan mereka diselamatkan dengan terbelahnya laut yang menjadi laluan untuk mereka lalui tetapi mereka kembali menyembah anak sapi yang diperbuat dari emas yang dicipta dengan tangan Samiri apabila nabi Musa pergi bermunajat untuk menerima Taurat. Begitu tipisnya aqidah dan keyakinan mereka kepada Allah sehinggakan dengan sekelip mata sahaja mereka kembali memusuhi Allah dengan mensyirikkanNya. Nampaknya puak yahudi ini kebanyakannya tidak pernah ikhlas beriman dengan ajaran yang dibawa oleh para nabi Allah.

Umat Islam merupakan umat yang kuat selagi mana Allah menjadi tempat memohon pertolongan dan yakin dengan pertolongan Allah sebagai mana yang terjadi ketika peristiwa Badar dan al-Ahzab. Dimana ketika peperangan Badar umat Islam mempunyai jumlah tentera yang terlalu sedikit berbanding dengan tentera kafir tetapi pertolongan Allah mengatasi segalanya, begitu juga ketika peperangan al-Ahzab ketika mana tentera kafir mengepung sekitar kota madinah tiba-tiba mereka dihancurkan dengan tiupan angin taufan yang sangat dasyat sehinggakan memusnahkan khemah-khemah yang mereka dirikan dan akhirnya mereka berundur. Allah maha berkuasa dan hanya Dia memiliki tentera yang paling kuat yang tiada tandingannya. Kita sebagai umat Islam mesti membuang fikiran-fikiran negatif lagi bidaah bahawa kita tidak mampu melakukan apa-apa kerana mereka mempunyai kuasa dan bekalan senjata yang banyak dan teknologi mereka mendahului yang lain. Itu adalah fikiran orang-orang yang telah di jajah oleh barat dengan menyuntik fikiran yang melemahkan itu. Kita harus sedar bahawa senjata yang paling kuat hanya dimiliki oleh orang Islam. sesiapa pun tidak memlikinya walaupun kuasa Amerika tetapi hanya milik umat Islam iaitu DOA. Ianya adalah senjata yang paling ampuh dan kuat. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyingkap semula kegemilangan Islam dengan senjata yang paling berkuasa ini. Di samping itu marilah juga kita sama-sama melemahkan ekonomi mereka yang menjadi tunjang utama pergerakan tentera mereka. Semoga puak-puak yang menginginkan kejatuhan Islam dengan melemparkan pelbagai kepayahan dan kesengsaraan kepada umat Islam akan ditmpa kesusahan yang berpanjangan dari Allah di dunia dan di akhirat seperti mana doa junjungan besar mengenai hal ini.

مَنْ ضَارَّ أَضَرَّ اللَّهُ بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَقَّ اللَّهُ عَلَيْهِ
Terjemahan: barangsiapa memudaratkan (orang Islam), Allah akan memudaratkan dirinya dan barangsiapa menyusahkan (orang Islam), Allah akan menimpakan kesusahan ke atas dirinya (riwayat Abu Dawud dan al-Tirmidhi, hadith ini hassan menurut al-Tirmidhi, al-Albani menilai hassan hadith ini)


Hati sangat sayu tatkala melihat gambar-gambar penderitaan penduduk Palestin akibat kekejaman tentera Israel. Jika sebelum ini mereka membina tembok menyekat pergerakan penduduk Gaza dan menafikan bekalan perubatan serta bantuan kemanusiaan kepada warga Palestin, sekarang Israel semakin bernafsu untuk terus melakukan ‘pembersihan etnik' penduduk Palestin melalui kekuatan ketenteraan.
Pada masa yang sama, timbul rasa jelek dengan sikap negara-negara Arab yang berjiran dengan Palestin yang seolah-olah tidak pernah cuba berusaha membela nasib jiran mereka yang malang itu. Kewujudan dan peranan Persidangan negara-negara Islam (OIC) dalam mencari penyelesaian sengketa di bumi Palestin ini pula boleh dianggap sebagai "ada atau tiada sama sahaja".
Manakala Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah tidak lebih sebagai sebuah badan yang sekadar mengeluarkan berpuluh resolusi mengutuk tindakan kejam Israel ke atas negara Palestin. Tidak seperti pelbagai sekatan yang dikenakan ke atas negara Iran mahupun Myanmar -yang dikatakan melanggar pelbagai hak asasi atau undang-undang antarabangsa - PBB tidak pernah mengenakan sebarang sekatan ekonomi atau tindakan ketenteraan mahupun tindakan undang-undang ke atas Israel walaupun negara tidak sah itu berpuluh kali melanggar atau tidak mematuhi resolusi yang dikeluarkan oleh masyarakat antarabangsa ke atasnya.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara dunia Islam tidak berkeupayaan dari segi kekuatan senjata untuk melawan Israel yang disokong kuat oleh Amerika Syarikat itu. Kelemahan dari segi persenjataan dan ditambah pula ketiadaan satu pakatan ketenteraan di kalangan negara-negara dunia Islam sebagaimana Pakatan NATO dan WARSAW semasa era perang dingin dulu menyebabkan isu Palestin ini menjadi satu masalah yang dilihat sebagai tiada penghujungnya.
Jadi sebagai umat Islam yang beriman, apa yang boleh kita lakukan untuk membantu menghentikan penindasan Yahudi ke atas saudara-saudara kita di Palestin itu? Nabi s.a.w ada menyatakan bahawa selemah-lemah iman seseorang ketika dia melihat sesuatu kemungkaran ialah dengan menyanggah kemungkaran tadi di dalam hatinya. Persoalannya sekarang apakah ini merupakan usaha yang termampu yang boleh dilakukan? Jawapannya tentulah tidak kerana kita sebenarnya boleh melakukan lebih daripada itu.
Kita di Malaysia bukan setakat menunjuk perasaan, malah turut menyalurkan pelbagai bantuan dalam bentuk kewangan, makanan dan perubatan kepada penduduk Palestin. Selain itu satu ikhtiar yang dilihat sebagai lebih berkesan untuk memberi tekanan ke atas Israel dan Amerika Syarikat ialah dengan memulau barangan keluaran syarikat kepentingan Yahudi.
Kempen pemulauan yang diterajui oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang dilancarkan minggu lepas merupakan satu bentuk usaha yang paling senang dan mudah untuk dilaksanakan kerana kita semua adalah pengguna. Malah ia lebih baik daripada menunjuk perasaan atau menyuarakan bantahan secara terbuka. Tambahan pula Israel dan Amerika Syarikat bukanlah negara yang mengambil kisah tentang perkara ini semua. Bahkan mereka tidak perlu melakukan apa-apa terhadap apa yang disuarakan oleh dunia luar. Bagi mereka tunjuk perasaan dan bantahan terbuka ini boleh ditangani dengan sekadar memekakkan telinga dan membutakan mata.
Bagaimanapun keadaan mungkin boleh berubah jika kita mengambil tindakan yang boleh memberi kesan ke atas ekonomi atau sumber kewangan mereka. Melalui tindakan pemulauan barangan oleh para pengguna Muslim, tahap jualan syarikat-syarikat yang bersekongkol dengan Israel dan Amerika Syarikat akan terjejas. Ekoran daripada itu perolehan mereka akan menurun dan seterusnya akan mengurangkan sumbangan syarikat tadi dalam bentuk bantuan kewangan mahupun percukaian kepada kerajaan negara-negara ini.
Secara amnya, kejayaan sesuatu usaha pemulauan oleh para pengguna bergantung kepada beberapa perkara. Bagi menjamin kejayaan usaha ini, unsur-unsur tersebut perlu wujud. Lebih-lebih lagi proses pemulauan oleh pengguna merupakan satu tindakan yang tidak bersifat ganas dan hanya bertujuan untuk mengganggu suasana perniagaan syarikat-syarikat tertentu selain memberi tekanan secara tidak langsung kepada ekonomi negara yang dipulau tadi.
Perkara pertama yang perlu ada ialah isu sebenar yang hendak diketengahkan kepada masyarakat pengguna. Dalam kes pemulauan barangan Yahudi atau yang menyokong Yahudi ini isunya amat jelas dan nyata sekali iaitu tentang kekejaman dan kezaliman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin. Kaitannya dengan kepenggunaan ialah rejim ini memperolehi sumber kewangan daripada syarikat-syarikat berkepentingan Yahudi
Sebagaimana kempen pemulauan ini cuba mengenengahkan isu tersebut kepada masyarakat pengguna, ia juga berperanan untuk memberi petunjuk kepada Israel dan Amerika Syarikat supaya menghentikan kekejaman ke atas penduduk Palestin atau mereka akan berhadapan dengan masalah ekonomi akibat penurunan permintaan ke atas produk-produk keluaran syarikat yang bersekongkol dengan mereka.
Keduanya ialah ada barangan ganti atau pilihan kepada barangan syarikat yang dipulau tadi. Maksudnya bila kita memulau sesuatu barangan, kita tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan barangan yang sama yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat bukan milik Yahudi. Ini juga merupakan satu unsur penting kepada kejayaan sesuatu kempen pemulauan yang dijalankan.
Hakikatnya kita sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk mencari barang gantian kepada hasil keluaran syarikat Yahudi dan sekutunya. Makanan segera, minuman ringan, fesyen, hiburan, barangan dandanan diri, produk teknologi dan sebagainya bukan sahaja dihasilkan oleh syarikat-syarikat yang menyokong kezaliman Zionis, ia juga turut dihasilkan oleh syarikat-syarikat tempatan mahupun serantau. Pokok pangkalnya ialah kemahuan yang ada pada diri seseorang untuk bertukar jenama. Jadi jika kita tidak mahu terlibat sama bersubahat secara tidak langsung menyembelih rakyat Palestin, kita semestinya mengatakan tidak kepada barangan Amerika Syarikat dan Yahudi.
Ketiganya, kempen atau usaha ini perlu dilakukan secara tersusun dan berterusan. Apa-apa yang kita lakukan - hatta dikatakan jika kita hendak melakukan sesuatu yang tidak elok- kalau hendak berjaya, ia perlu dilakukan secara tersusun dan teratur. Begitu juga dalam kes pemulauan oleh pengguna ini. Ia bukanlah sekadar usaha yang diibaratkan hangat-hangat tahi ayam. Sebaliknya ia perlu diperluaskan ke seluruh pelusuk dunia dengan menjadikan para pengguna Muslim sebagai sasaran utama kempen. Melalui perpaduan, kesatuan dan iltizam pengguna Muslim yang ingin melihat rakyat Palestin menikmati keamanan, kita percaya usaha pemulauan ini boleh membuahkan hasil yang diharapkan.
Selain membuat pemulauan barangan, tekanan ke atas kedua buah negara pembuli ini boleh diperhebatkan lagi menerusi pemulauan matawang Dollar Amerika Syarikat. Saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya dunia negara-negara Islam menghentikan penggunaan Dollar dalam urusan perdagangan terutamanya perlu diambil berat jika kita benar-benar ingin melihat keamanan dan kestabilan di Asia Barat.
Dalam hal ini negara-negara Arab yang merupakan pengeksport utama minyak dunia misalnya boleh memainkan peranan mereka dengan meminta pembayaran dibuat dengan menggunakan matawang selain Dollar. Melalui cara ini, kekuatan dollar yang selama ini hanya bersandarkan kepada penggunaan dan penerimaan meluas masyarakat dunia boleh dilemahkan.
Dalam kes Palestin, seharusnya negara-negara Arab yang kaya yang duduk berjiran dengan Palestin perlu memulakan ikhtiar membantu jiran mereka yang malang itu. Ini diikuti oleh negara-negara dunia Islam yang lain. Bagaimanapun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Negara-negara bukan tetangga termasuklah negara-negara bukan Islam di seluruh dunia dilihat lebih prihatin terhadap nasib Palestin. Mesir masih menutup sempadannya dengan Gaza. Negara-negara Arab yang berbelanja berbillion dollar membeli kelengkapan ketenteraan terkini hasil pendapatan minyak mereka belum mampu memanfaat senjata canggih yang mereka miliki untuk menakutkan Israel. Apa yang mampu mereka lakukan ialah dengan berdiam diri dan mengambil pendekatan mementingkan diri sendiri.
Ada kalanya pernah terlintas di fikiran penulis agar Allah s.w.t menarik balik kurniaan minyaknya kepada negara-negara Arab ini. Mungkin apabila kehilangan nikmat, baru keinsafan atau kesedaran muncul kepada mereka yang selama ini mereka menafikan tanggungjawab mereka terhadap kebajikan tetangga yang menderita. Mungkin bila kehilangan nikmat baru timbul bibit-bibit ingin bersatu sesama negara saudara seIslam yang lain.
Pengguna Muslim perlu melakukan sesuatu untuk menghentikan kezaliman ini daripada terus berleluasa dan bermaharajalela. Sesungguhnya dunia tidak akan menikmati keamanan selama mana kuasa Yahudi tidak dilemahkan. Jadi sebagai satu bentuk bantuan yang termampu kita lakukan bagi membantu saudara kita di Palestin, kita wajib menyahut seruan pemulauan barangan dan penggunaan dollar yang dijalankan ini. Diharap usaha tersebut akan menjadi titik tolak kepada kelemahan kuasa serta pengaruh Yahudi dan Amerika Syarikat di muka bumi ini.




Di dalam teori ekonomi, semua perkara dilihat dari sudut nilai ekonominya. Nilai ini juga yang menarik kecenderungan kita untuk membuat keputusan dan kesanggupan membayar harganya manakala perkara lain dilepaskan kerana kekurangan kelebihan berbanding pilihan yang dibuat. Begitu juga berlaku dalam keputusan kita menggunakan khidmat pekerja asing yang tidak mahir. Keputusan ini telah menyebabkan kita membayar harga yang tinggi.
Kemasukan pekerja asing tidak mahir ke Malaysia bukan lagi perkara yang boleh dipandang remeh. Dilaporkan di dalam pembentangan menjawab persoalan di Parlimen baru-baru ini, bilangan pekerja asing yang sah menjangkau 1.8 juta orang (jumlah diberikan setakat 31/03/2006 oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika menjawab persoalan Puan Teresa Kok Suh Sim). Manakala jumlah pendatang asing tidak sah pula tidak dapat dikenalpasti. Keadaan ini adalah ekoran dari banyaknya peluang penyelewengan yang terbuka dalam isu pendatang asing. Kebergantungan kepada tenaga asing yang tidak mahir dan aturan ekonomi berasaskan sumber manusia yang tidak bermutu akan menjejaskan nilai ekonomi itu sendiri.

Jelas kepada kita bahawa lambakan pekerja asing tidak terlatih sebenarnya menjurus kepada permasalahan dan bahaya yang tidak dijangka kepada persaingan ekonomi. Kecenderungan menggunakan pekerja yang murah bagi mengurangkan kos operasi membantutkan peluang rekayasa dan pembangunan teknologi kerana tindakan ini telah menyekat permintaan terhadap pekerja mahir dan pakar dari bersaing seiring dengan perkembangan ekonomi. Ekonomi menjadi cenderung kepada penggunaan buruh mengakibatkan permintaan terhadap pekerja mahir makin berkurangan. Perkara ini juga merupakan salah satu punca yang menyumbang kepada peningkatan pengangguran di kalangan siswazah atau berpendidikan berlaku.

Sesetengah berpandangan iklim ini menguntungkan, namun ianya hanya untuk jangkamasa pendek sahaja. Kebergantungan kepada pekerja asing yang tidak mahir akan memberi beban kepada pasaran kerana tumpulnya keupayaan bersaing ekonomi Malaysia. Pengabaian kepada kepentingan ilmu pengetahuan akan mengganjak pemikiran masyarakat supaya mengurangkan penekanan ke arah pembangunan fikrah baru. Tambahan pula dengan kemungkinan tekanan kesatuan sekerja dan politik antarabangsa, lama kelamaan Malaysia tidak berupaya lagi menafikan penglibatan buruh asing tidak mahir dalam aturan ekonominya. Apabila bidang perusahaan dan kegiatan ekonomi tiada peluang untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, perkembangan ekonomi akan tersekat di dalam pusingan tidak produktif dan mengabaikan persaingan pasaran.

Tumpuan kerajaan kepada pembangunan sesuatu bidang seperti pembinaan, perladangan dan pertanian yang berasaskan buruh tidak mahir akan meningkatkan permintaannya dan desakan untuk perkembangan teknologi akan terjejas. Keseimbangan ekonomi tidak berlaku begitu sahaja tanpa perancangan. Sekiranya gunatenaga sudah tidak seimbang, bagaimana hasrat susunan ekonomi yang seimbang boleh tercapai.

Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, jelas kepada kita bahawa Malaysia mempunyai persekitaran yang tersendiri. Kita tidak boleh menggunakan pendekatan negara lain untuk digunapakai di negara kita dan tidak pula boleh menolak semua pendekatan negara lain. Negara-negara berasaskan buruh seperti China dan India mempunyai kependudukan yang tinggi yang menyebabkan tumpuan gunatenaga cenderung kepada asas buruh kerana secara dasarnya penawaran tenaga buruh dari dalam negara sendiri ini murah. Oleh sebab itu, China berupaya mengeluarkan barangan yang jauh lebih murah ke dalam pasaran. Malaysia memang sudah tidak mampu berada sebaris dengan negara-negara ini kerana kedudukan dan persekitarannya telah meningkat.

Malaysia telah melangkah satu langkah ke hadapan dengan penekanan kepada cetusan fikrah baru dalam teknologi setelah melalui zaman ekonomi berasaskan buruh. Sudah tiba masanya Malaysia perlu secara berperingkat-peringkat mengalihkan asas penggerak ekonomi. Sekiranya pergantungan kepada buruh tidak mahir dikekalkan, perkembangan teknologi akan terbantut, permintaan kepada mesin dan jentera tidak berkembang, syarikat-syarikat yang terlibat tidak dapat menawarkan barangan mereka, berlaku ketidakseimbangan penawaran teknologi dan permintaan akhirnya membunuh pasaran teknologi itu sendiri. Usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan tidak akan mendapat tempat kerana tiada kepentingannya.

Apa yang sering dijadikan alasan untuk menggunakan pekerja asing ialah sikap pekerja tempatan. Sikap pekerja tempatan yang enggan melakukan kerja-kerja kasar dan lasak atau tidak ada kelas merupakan permulaan kepada tindakan atau tekanan untuk mencetuskan buah fikiran baru dalam pembangunan tekonologi. Sekiranya terdapat bidang yang tiada tekanan sebegini serta mudah beralih kepada tenaga pekerja asing tidak mahir, suasana ekonomi akan mengundur ke belakang dan akan ketinggalan.
Pada lazimnya, pengusaha yang meningkat matang dalam sesuatu perusahaan akan mencari jalan penyelesaian terbaik dengan menggunakan gabungan kemahiran dan peluang untuk memajukan perniagaan mereka. Apabila mereka disogokkan dengan kemudahan menggunakan tenaga pekerja asing, usaha untuk menggalakan penemuan baru dalam teknologi akan melebur.

Apa yang penting bukan bilangan tetapi mutu tenaga kerja yang diharapkan. Malaysia menerima berjuta pekerja asing tidak mahir manakala dalam masa yang sama usaha memiliki atau mengembalikan pekerja mahir dan professional milik negara seperti 'brain gain' dilihat kurang berkesan. Akhirnya pendekatan untuk memindahkan teknologi kebocoran keluar dan yang mengalir masuk pula adalah buruh asing yang lebih membarahkan penyakit sosial.

Laporan berhubung gejala sosial dan jenayah dalam masyarakat di kalangan pekerja asing amat ditakuti mengancam kehidupan dan tata susila masyarakat Malaysia. Peningkatan kes-kes jenayah seperti pembunuhan, kecurian dan pergaduhan di kalangan pendatang asing amat merisaukan. Begitu juga dengan menularnya penyakit yang berbahaya seperti Batuk Kering ekoran dari penghijrahan mereka yang gagal dikesan atau terbolos dari saringan kesihatan. Pengurusan pendatang asing di Malaysia boleh berada di luar kawalan sekiranya asas dan aturan sedia ada tidak dirombak semula.

Arahatur dan pengurusan pekerja asing Malaysia perlukan pola baru yang lebih tersusun dan sesuai dengan peredaran ekonomi semasa. Ketetapan yang dibuat perlu lebih cenderung kepada menggalakkan penghijrahan tenaga asing yang mahir, mempunyai keupayaan melabur yang tinggi dan boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi untuk jangka masa panjang. Malaysia sedar malah di kalangan penasihat ekonomi sendiri mengakui bahawa Malaysia telah 'mengimport' masuk pekerja murah serta tidak mahir dan 'mengeksport' pekerja mahir dan pakar keluar. Tawaran dan faedah yang disediakan oleh negara lain terutamanya negara maju terhadap tenaga mahir dan pakar rakyat Malaysia ternyata lebih tinggi dan menarik. Bayangkan gambaran kesan dan kebaikan ke atas ekonomi Malaysia sekiranya kita tukarkan 1.8 juta pekerja asing tidak mahir dengan 1.8 juta pekerja asing yang mahir dan pakar seperti pengurusan syarikat dalam bidang kenderaan dan jentera, jurutera, tabib, pelabur, juruteknik, professor, saintis, pereka bentuk dan gaya terkemuka dan sebagainya.

Di dalam Rancangan Malaysia ke-9, susunan keutamaan dari sudut perlaksanaan hendaklah seiring dengan Misi Nasional mengikut teras yang telah digariskan. Negara perlu mengutamakan usaha meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi berbanding agenda sampingan. Dasar-dasar kementerian atau jentera kerajaan juga perlu diselaraskan supaya seiring dengan Misi Nasional termasuklah dasar gunatenaga negara.
Rangka ekonomi Malaysia perlu diperbaiki supaya tidak terlalu bergantung kepada pekerja asing tidak mahir yang jelas merentap keupayaan daya saing dalam jangkamasa panjang. Itulah sebenarnya harga perkhidmatan pekerja asing yang kita perlu bayar. Aturan sumber manusia yang menjadi teras pembangunan ekonomi menyeluruh perlu dinilai semula supaya sesuai dengan cabaran semasa. Tanpa pembaharuan dan leka dengan kelangsungan pembangunan yang tidak seimbang, Malaysia akan ketinggalan jauh dan dipandang remeh oleh negara serantau.